Jason beli makanan untuk pelajar universiti, tanda sokongan peniaga terbakar kedai

LocalFood
17 Jan 2025 • 12:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Jason beli makanan untuk pelajar universiti

Pempengaruh media sosial, Jason beli makanan untuk pelajar universiti sebagai tanda sokongan kepada sebuah kedai menjual apam balik pizza yang terbakar sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Jason berkata dia telah berkenalan dengan pemilik kedai tersebut yang dikenali sebagai Syukri selepas pempengaruh itu membuat reviu apam balik pizza.

Jason beli makanan untuk pelajar universiti

Katanya, dia sangat menyukai hidangan tersebut namun malang tidak berbau, setahun selepas reviu itu dikongsi, kedai tersebut telah terbakar sehingga tidak ada yang boleh diselamatkan.

Susulan itu, mengambil keputusan untuk menyertai Team Selangor yang terlebih dahulu memulakan langkah membantu membersihkan kedai yang terbakar itu.

image is not available

Bagaimanapun, Jason berasa masih tidak puas hati dengan apa yang telah dia lakukan dan mengambil satu lagi tindakan yang pasti akan membantu Syukri untuk bangkit semula.

Selepas empat bulan pembersihan dan pembaikan dilakukan, akhirnya Jason kembali ke kedai tersebut untuk menyampaikan kejutan istimewanya.

“Saya akan beli apam balik pizza untuk pelajar. Pertama kali kami datang sini, ia sedikit kotor. Sekarang nampak sangat bersih,” katanya.

Menurut Syukri, kini perniagaannya semakin memberangsangkan selepas kedai baharu itu siap dan hidangan mereka seringkali habis terjual.

Sokong peniaga kecil, Jason beli makanan untuk pelajar universiti

image is not available

Bagi kejutan istimewanya, Jason meminta Syukri untuk menyediakan 36 hidangan untuk pelajar Universiti Malaya (UM) dan agar makanan itu lebih enak dimakan, pempengaruh itu bersama teman wanita dengan pantas menghantarnya ke UM.

Menurut Jason, dia telah memilih UM kerana teman wanitanya pernah melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan lebih kurang empat tahun lalu.

“Sebab pertama saya di sini adalah teman wanita saya pernah belajar di sini, lebih kurang empat tahun lepas.

“Sebab kedua, korang pernah cuba apam balik pizza? Hidangan ini datang dari perniagaan lokal yang saya sokong.

“Kedai dia di Shah Alam terbakar, dia baru je bangkit balik. Saya harap, apam balik pizza ni akan beri sedikit motivasi kepada anda semua. Nanti korang kongsi apa yang korang rasa,” katanya.

Jason beli makanan untuk pelajar universiti, promosi peniaga kecil

image is not available

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Jason turut mengagihkan hidangan itu sendiri ke meja-meja pelajar tanpa meminta mereka berdiri untuk mengambil makanan itu sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan Jason disamping turut meluahkan rasa bangga terhadap pempengaruh tersebut.

Kita pilih orang yang betul untuk dipopularkan

image is not available

Hormat kepada awak dan teman wanita

image is not available

Awak beri semula kepada komuniti

image is not available

Jason beli makanan untuk pelajar universiti, konten penuh inspirasi!

image is not available

Jason kata, siapa makan apam balik pizza dia beli kena dapat 4.0……

Sumber: TikTok scaredtodie