Jason Bersuara Tentang Perangai ‘Owner’ Bisnes Suka Buli Pelanggan Yang Bagi Reviu Jujur, Ugut Saman & ‘Public Shaming’

LocalOpinion
9 May 2025 • 11:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pempengaruh media sosial yang dikenali dengan reviu jujur tentang makanan, Jason telah berkongsi pendapatnya tentang sesetengah pemilik bisnes yang gemar membuli pelanggan hanya kerana memberi feedback jujur.

Menerusi hantaran dikongsi, Jason berkata dia terpanggil untuk bersuara dan menegur pemilik perniagaan yang tidak boleh menerima kenyataan apabila produk yang mereka jual mendapat kritikan atau rating yang rendah.

Kata Jason, peniaga begini kebiasaannya akan membuli dengan menggertak pelanggan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Peniaga sebegini juga akan menggunakan platform mereka untuk memalukan pelanggan itu dengan menularkan akaun atau wajah mereka.

Jadi kamu ugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap citarasa seseorang? Itu bukan keyakinan tau, itu takut. Itu taktik membuli untuk mendiamkan mereka yang tidak boleh bersuara.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan Jason dan ramai yang menyebut tentang seorang pemilik perniagaan yang tular baru-baru ini kerana mengugut untuk ambil tindakan undang-undang kepada pelanggannya yang memberikan reviu jujur.

Malah, peniaga tersebut juga sudah berkali-kali terpalit dengan kes lebih kurang sama di mana dia disifatkan sebagai seorang yang tidak boleh menerima kritikan pelanggan.

image is not available 5 days ago

"Perbaiki Apa Yang Kurang, Bukan Macam Ni" - Netizen Tegur Kieda Crepe Bersemuka Dengan Ibu Tunggal Komen 'Dessert' Tak Sedap