Jason Statham & Kekasih Berpakaian Sopan Ketika Lawat Masjid Raih Pujian Peminat

Entertainment
5 Dec 2023 • 11:11 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasangan pelakon popular Hollywood, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley tampil berpakaian sopan serta menutup aurat ketika lawat masjid telah berjaya raih pujian peminat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jason Statham di laman Instagramnya, dia yang menggayakan sut berwarna hitam dan kekasih bertudung labuh melawat masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Jason Statham lawat masjid

Tindakan pasangan tersebut yang menghormati agama Islam ketika melawat masjid itu membuatkan netizen terutamanya dalam kalangan peminat memandangkan mereka menunjukkan satu adab yang baik.

image is not available

image is not available

Semoga dikurniakan hidayah!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan itu dikurniakan hidayah untuk memeluk Islam.

image is not available image is not available

Ramai jadikan Jason sebagai idola, contoh baik

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menjadikan Jason sebagai contoh yang bagus tambahan pula dia salah satu aktor terkenal yang mampu mempengaruhi orang lain untuk membuat perkara yang positif.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley telah menjalin hubungan cinta sejak tahun 2010 dan popular menerusi beberapa filem.

Antara filem yang dilakonkan Jason termasuklah The Transporter, The Fast and Furious dan The Meg. Manakala filem Rosie Huntington-Whiteley pula Transformers: Dark of the Moon, Mad Max: Fury Road dan Pirelli Calendar 2010

Sumber: Instagram @Jason Statham

View Original Article