Jatuh Haram! Trend Jualan "Cedok-cedok" TikTok Amalan Zaman Jahiliah

20 Jul 2022 • 12:39 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kaedah penjualan secara ‘cedok-cedok’ dilihat menjadi ikutan para peniaga ketika ini terutama semasa mereka mempromosikan barangan secara rakaman siaran langsung di media sosial (live).

Peniaga akan mencampurkan kesemua barang sama ada emas, perak, coklat dan pelbagai produk lain dalam satu bakul besar sebelum digaulkan mengunakan kaedah ‘cedok-cedok’.

@ustazamirulamin

Inshallah masih awal untuk stop. Kita tegur tanda sayang. Moga Allah berkati rezeki kita. Maafkan saya kerana menasihati.

♬ Emotional Islamic Music - Arslan Chaudhry

Bagaimanapun, pendakwah bebas, PU Amin tampil memberi teguran kepada para peniaga yang menjalankan perniagaan menggunakan kaedah ‘cedok-cedok’ kerana bimbang menjurus kepada hukum haram.

“Tak salah nak jual beli tetapi kena ingat, kena belajar halal haram.

“Sebenarnya amalan berniaga ‘cedok-cedok’ ini dekat dengan mulamasah dimana ia dilarang oleh Nabi Muhammad SAW dan kaedah ini pernah diamalkan di zaman jahiliah.

Nasihat PU Amin, elakkan berniaga yang mempunyai unsur ketidakpastian kerana kaedah tersebut masih tergantung dengan syarat dan menjurus kepada penganiayaan.

“Kita berniaga biar berkat, biar sedikit yang pasti ada unsur-unsur yang halal,” pesannya.