Jatuh Ke 0%, ‘My Lovely Boxer’ Tamat Dengan Rating Terbaik

3 Oct 2023 • 12:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan senang sesebuah drama Korea untuk berjaya meraih rating yang tinggi sejak kebelakangan ini kerana lambakan naskhah yang dihasilkan.

Sama seperti “My Lovely Boxer” yang terpaksa berpuas hati dengan rating 0.9% sahaja sejak beberapa episod kebelakangan ini namun menunjukkan peningkatan memberangsangkan semasa episod akhir di mana ia meraih rekod tertinggi sepanjang tayangan sebanyak 2.2%.

Untuk episod akhir ini, Lee Kwon-sook (Kim So-hye) yang menghadapi saat genting apabila kekasih hatinya, Kim Tae-young (Lee Sang-yeop) menghilangkan diri. Walau bagaimanapun, hasil kesabaran mereka, pengerusi jahat yang cuba merosakkan karier keduanya berjaya diberkas polis akhirnya.

image is not available

Dalam pada itu, drama ini kurang mendapat perhatian peminat K-Drama kerana plotnya yang dikatakan agak mendatar selain lakonan heroin iaitu Kim So-hye yang agak ‘kaku’.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.