Jauhar Child Care Centre: Permohonan Taska B40 & M40 Johor

LocalFamily & Parenting
5 Oct 2025 • 5:46 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak kecil berumur 3 bulan hingga 4 tahun untuk kemasukan ke Jauhar Child Care Centre (JCC) iaitu taska di bawah YPKDT.

Taska ini dikhaskan untuk kemasukan anak daripada keluarga B40 dan M40 di Negeri Johor.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke taska ini.

image is not available

Mengenai Jauhar Child Care Centre

Jauhar Childcare Centre (JCC) yang merupakan pusat asuhan, didikan dan perkembangan awal kanak-kanak.

JCC dibangunkan khusus kepada kanak-kanak berusia empat (4) tahun ke bawah di Negeri Johor dengan menggunakan Modul Jauhar yang telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Penubuhan Jauhar Childcare Centre (JCC) ini juga merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan pembentukan keluarga yang sejahtera disamping dapat meningkatkan produktiviti golongan wanita yang bekerja.

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat sehingga pada 14 Oktober 2025 (Selasa).

Keistimewaan JCC

Antara keistimewaan taska ini adalah seperti berikut:

  • Aktiviti pembelajaran dan perkembangan awal oleh staf terlatih.
  • Taska di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Johor.
  • Persekitaran selamat, mesra, dan bersih.

Waktu Operasi

Waktu operasi bagi taska ini adalah seperti berikut:

HariWaktu OperasiLebih Masa
Isnin-Jumaat7.30 pagi-5.30 petangSelepas 6.00 petang
Sepanjang Bulan Ramadhan7.30 pagi-5.00 petangSelepas 5.30 petang
Sabtu dan AhadTidak Beroperasi
Hari Cuti Am JohorTidak Beroperasi
* Bayaran caj lewat adalah RM10.00 akan dikenakan bermula setengah jam pertama selepas jam 6.00 petang.

Senarai JCC

Senarai JCC di seluruh Negeri Johor adalah seperti berikut:

JCCPenyeliaPendidikAlamatNo Tel
JCC Kota IskandarNur Syafiza binti Sazali9 orangBERHADAPAN YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DARUL TA’ZIM, TINGKAT 1 & 2 BANGUNAN DATO’ MUHAMAD IBRAHIM MUNSYI, KOTA ISKANDAR, 79603 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.07-266 7359
JCC PontianNur Syafiqah binti Mohd Darwis 3 orangJKR 2046, JALAN UTAMA, TAMAN MEGAH, 82000, PONTIAN, JOHOR.07-6860578
JCC MuarEzatul Najwa binti Mohd Daud 6 orangJKR 990 JALAN ABDUL RAHMAN, 84000 MUAR, JOHOR 06-9538553
JCC Batu Pahat Nurul Nazreen binti Buang 3 orangJKR 640, JALAN DATO’ MOHD SHAH, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.07-4335949
JCC PPR Melana Indah Fasa 2Nurul Nabihah binti Hassan2 orangPTD 72264, SUNGAI MELANA , SKUDAI KIRI, MUKIM PULAI , 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR.
JCC PPR Taman Desa Mutiara, Tebrau
JCC RSK Taman Cendana, Pasir Gudang
JCC Kluang
JCC Stulang
JCC SegamatNurul Ainul Nadia binti Razali7 orangJALAN GUDANG UBAT, 85000 SEGAMAT JOHOR07-932 0230

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi kemasukan ke taska ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka untuk bayi dan kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 4 tahun.
  2. Ibu bapa dan Kanak-kanak mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.
  3. Pendapatan ibu bapa / penjaga dibawah RM7000.00 sebulan.
  4. Kanak-kanak bukan keperluan khas (ADHD, Autism dan lain-lain)
  5. Tidak mempunyai penyakit kronik seperti Asthma, Epilepsy, G6PD dan lain-lain.

image is not available

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di pautan https://simtas.ypkdt.gov.my/register.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan JCC?

JCC merupakan pusat asuhan, didikan dan perkembangan awal kanak-kanak di Negeri Johor khusus kepada kanak-kanak berusia empat (4) tahun ke bawah dengan menggunakan Modul Jauhar yang telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Apakah keistimewaan JCC?

Keistimewaan JCC adalah aktiviti pembelajaran dan perkembangan awal oleh staf terlatih, taska di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan persekitaran selamat, mesra, dan bersih.

Adakah saya boleh menghantar anak saya yang berumur 5 tahun ke JCC?

Tidak, tadika ini hanya untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sahaja.

Bilakah waktu operasi taska ini?

Waktu operasi taska ini adalah pada 7.30 pagi-5.30 petang setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai JCC, sila layari laman web https://ypkdt.gov.my/en/jauhar-child-care-centre-jcc/.

Baca juga: Sekolah Model Khas KPM 2026 – Senarai Sekolah & Permohonan

View Original Article