Jauteh komited tambah baik infrastruktur kepolisan sempadan Sabah-Indonesia

3 May 2023 • 2:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu Datuk Jauteh Dikun komited dalam menambah baik pembangunan infrastruktur kepolisan di persempadanan Sabah-Indonesia menerusi peruntukan khas kerajaan Persekutuan untuk negeri ini.

Beliau berkata pembinaan bangunan asas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nabawan dan IPD Kalabakan akan dapat direalisasikan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh 20 peratus daripada jumlah peruntukan khas berkenaan.

“Saya juga akan meneruskan beberapa dasar dan perancangan pimpinan terdahulu terutama dari segi pembangunan infrastruktur serta pembangunan sumber manusia. Semua ini demi meningkatkan kualiti, prestasi, kecekapan dan keupayaan dalam memastikan perkhidmatan disediakan memenuhi kehendak serta aspirasi pelanggan masa kini.

“Saya juga merancang untuk mengambil peluang yang ada melalui peruntukan khas kerajaan Persekutuan bernilai setengah bilion ke atas negeri Sabah melalui pembangunan menambah baik pertahanan persempadanan Sabah-Indonesia,” katanya.

SPONSORED CONTENT Gamuda: Town-making success Kota Kinabalu: Gamuda Land announced the grand launch of Curve25, a new doorstep convenient township within the prestigious Bukit Bantayan Residences to be officiated by State Minister of Industrial Development and Entrepreneurship Phoong Jin Tze. Read more Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara beliau dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Shahurinain Jais yang disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Dewan Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Selasa.

Jauteh berterima kasih kepada pucuk kepimpinan PDRM kerana memberi kepercayaan kepada beliau menerajui IPK Sabah dan akan berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin demi memastikan PDRM terus menjadi agensi penguat kuasa ulung di negara ini.

Sementara itu, Acryl Sani dalam sidang media, berkata pengalaman Jauteh dalam bidang kepolisan diyakini akan dapat memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman di Sabah terus terpelihara dan terkawal dengan baik, sekali gus mendorong kepada perkembangan kegiatan ekonomi lebih pantas.

“Sabah adalah negeri yang penuh dengan daya tarikan kepada pelancong bukan sahaja dari dalam negeri bahkan luar negara.

“Sebagai antara negeri destinasi pelancongan utama, kita (polis) sangat menitikberatkan tahap keselamatan di Sabah, baik dari segi keselamatan berkaitan ancaman jenayah atau ancaman daripada aktiviti yang boleh mendatangkan kegusaran orang ramai,” katanya. Acryl Sani juga yakin pengalaman dimiliki Shahurinain akan dapat membantu Jauteh dalam mentadbir serta mengendalikan urusan kepolisan di negeri itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article