Jawa Barat: 3 Anggota Polis Cedera Angkara Pengebom Bunuh Diri

7 Dec 2022 • 1:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan di balai polis di Jawa Barat, pagi ini. - Gambar dari Twitter @jisatu01

JAKARTA - Sekurang-kurangnya tiga anggota polis cedera dalam insiden letupan di balai polis di Jawa Barat pagi ini.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu dipercayai angkara perbuatan pengebom bunuh diri yang berlaku pada 8.20 pagi di pintu masuk balai polis di Jalan Astana Anyar, Bandung.

Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Siasatan masih dijalankan dan polis telah mengepung kawasan berkenaan. - Bernama