Jawab exam ketika berpantang, isteri Fizo Omar syukur raih keputusan cemerlang

LocalFamily & Parenting
26 Aug 2025 • 4:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pelakon Fizo Omar meluahkan rasa syukur apabila berjaya meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan pada peringkat ijazah sarjana.

Raih keputusan cemerlang

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fazeera atau nama lengkapnya Fazeera Nazri Azri terkejut kerana tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk keempar-empat subjek yang diambilnya kerana menduduki peperiksaan semasa sedang berpantang.

image is not available

“Sumpah, saya menangis di bahu suami sebab jawab peperiksaan masa dalam pantang, buat kertas konsep 30 muka surat dalam masa kurang daripada dua minggu. Ya Allah, syukur,” kata Fazeera, semalam.

Menurut Fazeera anak-anak adalah sumber kekuatan kejayaannya hari ini dan mereka banyak menngajarnya untuk berdisiplin dalam menguruskan kehidupan seharian.

“Saya jadi lebih disiplin dengan masa sebab masa itu adalah segalanya untuk menguruskan duniawi ini.

“Contoh, sehari sebelum, saya sudah tetapkan jadual apa nak dibuat keesokan harinya. Kalau tidak, saya akan bangun pagi dengan rasa sangat rugi.

“Saya akan rancang bila saya nak buat live, masa untuk siapkan tugasan, dan masa untuk bersenam,” jelasnya.

image is not available

Ibu kepada tiga cahaya mata itu, turut memberitahu kehadiran cahaya mata menjadi penguat dalam rumah tangga dan mengakui kehadiran mereka membuatkan dia dan Fizo lebih menghargai masa bersama.

“Suami dan saya lebih menghargai our me time berbanding zaman takda anak kecik dulu. Sekarang, kami sentiasa mencari masa untuk sekurang-kurangnya berborak, berkongsi cerita dan masa depan satu sama lain.

“Rumah bukan lagi tempat untuk saya menjadi seorang isteri kerana saya sibuk menjadi seorang ibu. Jadi, kita akan atur masa sama-sama ketika anak tengah tidur pagi hujung minggu, kami keluar time lepas Subuh hanya untuk bertentang mata bersama,” tambahnya lagi.

image is not available

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Fazeera

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved