Jawapan Jujur Kanak-Kanak Ketika Main Sambung Perkataan Buat Ramai Terhibur [Video]

10 Jul 2024 • 3:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Bagi kebanyakan individu, kanak-kanak dianggap sebagai golongan yang jujur. Tanyalah apa sahaja soalan kepada mereka tentang sesuatu perkara, rata-ratanya akan memberi jawapan yang ringkas dan tepat.

Kadang-kala, jawapan yang diberikan tidak dapat dijangka dan boleh mencetuskan tawa kepada sesiapa yang mendengar.

Tidak kurang juga ada segelintir kanak-kanak akan menjawab berdasarkan pengetahuan atau apa yang mereka biasa lihat dan dengar.

Kanak-Kanak Bagi Jawapan Jujur Waktu Main Sambung Perkataan

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @abdraffik, sekumpulan kanak-kanak dilihat bermain satu permainan sambung perkataan di sebuah majlis hari jadi.

Melalui video itu, seorang individu dewasa yang berpakaian seperti badut sedang mengendalikan permainan tersebut bersama sekumpulan kanak-kanak.

Apa yang menjadi perhatian adalah jawapan kanak-kanak lelaki di akhir video berkenaan yang dilihat terlalu jujur dan lawak sehingga memecah tawa kepada individu yang mendengar.

Pada mulanya, lelaki dewasa itu bertanyakan soalan kepada kanak-kanak lelaki yang pertama untuk menyambung perkataan ‘buku’.

Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya menjawab ‘buku sekolah’. Selepas memberikan jawapan tersebut, lelaki dewasa berkenaan meminta seorang kanak-kanak perempuan pula menyambung perkataan ‘sekolah’.

Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya menambah perkataan saya menjadikan jawapan akhirnya ‘sekolah saya’.

Kemudian, seorang lagi kanak-kanak perempuan menyambung perkataan saya dengan memberikan jawapan ‘saya cantik’.

Jawapan kanak-kanak perempuan itu membuatkan tetamu yang hadir ketawa mendengarnya kerana tidak menyangka jawapan sebegitu yang keluar daripada mulut kanak-kanak berkenaan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah jawapan sambungan kanak-kanak lelaki selepasnya apabila menyambung perkataan ‘cantik’.

“Cantik ke?” jawab kanak-kanak lelaki itu.

Jawapan itu nyata mengejutkan ramai pihak hingga mereka ketawa besar malah lelaki yang mengendalikan acara itu turut ketawa hingga terbaring mendengarnya.

Pada masa yang sama, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat merenung lama kepada budak lelaki itu.

@abdraffik

Qaid Hayl’s Birthday Part 3 Kau ingat kau cantik sangat ?#fyp

♬ bunyi asal – abdraffik – abdraffik

Rupanya Balas Dendam Lepas Kanak-Kanak Perempuan Jawab ‘Batman Busuk’

Menerusi video berasingan, difahamkan jawapan spontan kanak-kanak lelaki itu disifatkan sebagai balasan kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.

Ini kerana di dalam video itu, budak perempuan berkenaan sebelum ini memberi jawapan ‘batman busuk’ ketika dia menyambung jawapan kanak-kanak lelaki berkenaan yang kebetulan mengenakan baju superhero itu.

@abdraffik

Qaid Hayl’s Birthday Part 2 Kau cakap Batman busukkk..kau tgu aku balas dendam 😈😈#fyp

♬ bunyi asal – abdraffik – abdraffik

Pemain Lain Turut Beri Jawapan Yang Menghiburkan

Selain daripada jawapan dua kanak-kanak berkenaan, ada pemain kanak-kanak perempuan lain yang turut memberikan jawapan yang menghiburkan para tetamu.

“Jantan?” tanya lelaki itu.

“Jantan tak guna,” jawab kanak-kanak perempuan berkenaan.

Jawapan berkenaan nyata menghiburkan orang ramai yang mendengar. Malah, ketika ditanya mengapa memberi jawapan sedemikian, kanak-kanak berkenaan menjelaskan dia tidak tahu perkataan yang sesuai untuk menyambung perkataan ‘jantan’ itu.

Pengguna TikTok Terhibur Dengar Jawapan Kanak-Kanak Lelaki

Ketiga-tiga video yang telah mengumpul lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok.

Rata-rata terhibur mendengar jawapan kesemuanya yang dilihat seolah-olah saling berbalas antara satu sama lain.

Malah, ada yang menyifatkan kanak-kanak ini merupakan golongan yang jujur dan tidak pandai menipu selain cepat belajar daripada persekitaran.

Berikut adalah komen pengguna TikTok:

“Dunia Kanak-Kanak Memang Keras Ya, Semua Jujur Straight Forward”

image is not available

“Bergenang Air Mata Aku Gelakkan Budak Bijak Yang Last Tu”

image is not available

“Kelakar La Budak-Budak Ni”

image is not available

“Patutla Kena Balas ‘Cantik Ke’, Rupanya Dia Kata Member Tu Busuk”

image is not available

“Jantan Apa Weh? Aku Pun Jem Nak Jawab Jantan Apa”

image is not available

Source: