
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Bersatu Negeri Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata tempoh masa bagi jawatan Perdana Menteri perlu mempunyai had untuk mengelakkan masalah salah guna kuasa.
“Jawatan PM perlu ada had, macam kita di Sabah sudah mencadangkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa jawatan Ketua Menteri adalah bagi tempoh dua penggal.
“Hal ini juga perlu bagi jawatan PM, kerana PM dan KM adalah pemimpin tertinggi dalam negara dan negeri, wajar ada limitasi masanya kerana kita mahu elakkan salah guna kuasa, kualiti perkhidmatan kepada rakyat perlu dijaga dan diutamakan.

