Jawatan TPM: Takiyuddin diminta perjelas maksud perjanjian, MOA

Politics
13 Jul 2022 • 6:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin meminta Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan maksud perjanjian dan memorandum perjanjian (MOA) dalam draf berkaitan jawatan timbalan perdana menteri.

"You (wartawan) tanyalah dia apa maksud perjanjian dan memorandum perjanjian," katanya ketika sidang akhbar selepas menyerahkan Surat Keputusan Kewarganegaraan di Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin bahawa draf berkaitan jawatan timbalan perdana menteri (TPM) seperti yang dimaklumkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan satu perjanjian, sebaliknya MOA.

Takiyuddin sebelum ini dilapor mengakui bahawa beliau membuat draf perjanjian berkenaan atas kedudukannya ketika itu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

Pelantikan TPM katanya adalah atas kehendak Yang di-Pertuan Agong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved