Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Siasat Semula Kes Pelatih PALAPES UTM

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 12:19 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu jawatankuasa khas yang melibatkan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) ditubuhkan bagi menyiasat semula kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsuddin, 22.

Ibu Allahyarham tidak puas hati

image is not available

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, penubuhan jawatankuasa itu dibuat selepas ibu Allahyarham menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap laporan awal kematian anaknya dan mengemukakan permohonan rasmi supaya siasatan lanjut dijalankan.

“Semalam saya berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham dan mendengar sendiri cerita daripada ibunya mengenai keadaan anaknya.

“Beliau memohon supaya siasatan semula dilakukan, dan saya telah memaklumkan perkara itu kepada Peguam Negara.

“Kes ini kini di peringkat siasatan dan laporan lengkap dijangka diketahui dalam masa terdekat,” katanya.

image is not available

Foto: FB UTM Studen Affairs

Zambry menjelaskan jawatankuasa khas itu dibentuk bagi memastikan laporan siasatan disediakan secara menyeluruh dan telus, tapa melindungi mana-mana pihak.

Terdahulu, Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi (HKT) selepas selesai menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Darat (PULADA).

Punca kematiannya menimbulkan persoalan dalam kalangan keluarga.

image is not available

Foto: BH

Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, turut memohon agar bedah siasat kedua dijalankan termasuk bersedia untuk kubur anaknya digali semula demi mengetahui punca sebenar kematian.

Permohonan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sumber: Harian Metro (Amir Abd Hamid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved