
RANAU: Penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) yang dicadangkan adalah strategi politik pihak lawan yang sengaja mahu memecahbelahkan perpaduan kampung, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir.
“Ini (JKDM) tidak sepatutnya dilaksanakan kerana ia memecahbelahkan kesatuan kampung yang sudah mempunyai JKKK yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan dan keselamatan kampung.
“Ordinan Pentadbiran Luar Bandar telah diluluskan dan institusi pentadbiran kampung sudah dimuktamadkan melalui JKKK. Oleh itu, tidak perlu menubuhkan satu lagi badan pengelola kampung.
“Tindakan ini sudah tentu akan membawa banyak masalah dan kekeliruan. Justeru itu, kita melihat ini sebagai strategi politik pihak lawan yang sengaja memecahbelahkan perpaduan kampung,” katanya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Abidin yang juga Naib Presiden StarSabah dan Adun Paginatan berkata, beliau akan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri mengenai bagaimana menangani masalah itu.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Silaturrahim Setiausaha JKKK Dun Paginatan di Markas Star Paginatan, dekat sini.
Beliau menasihatkan setiausaha JKKK Dun Paginatan supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pengerusi masing-masing bagi memantapkan pentadbiran kampung.
“Kerjasama antara setiausaha dan pengerusi kampung amat penting bagi memudahkan kelancaran pentadbiran kampung. Kerjasama antara JKKK dan ketua kampung juga perlu ada supaya tidak berlaku salah faham.
“Majlis Setiausaha adalah mata dan telinga Kerajaan untuk mengenal pasti masalah di kampung-kampung. Kerajaan mengharapkan sokongan penuh daripada Majlis Setiausaha untuk melaksanakan agenda pembangunan Kerajaan.
“Bukan itu sahaja, setiausaha JKKK juga perlu sentiasa memainkan peranan dalam menyampaikan agenda Kerajaan kepada penduduk kampung,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan Hishamudin Harun, Pengerusi Ko Nelayan Kong Soon Choi, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Benedick Gunda, Pegawai Khas kepada Abidin, Juis Konsuling dan CDO Jipili Sigal.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


