Jawatankuasa urus pembangunan tanaman Musang King dipertimbang

LocalPolitics
21 Jul 2022 • 1:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pertanian dan Perikanan tidak menolak kemungkinan menubuhkan sebuah jawatan-kuasa atau agensi bagi menguruskan pembangunan tanaman durian Musang King di Sabah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk James Ratib berkata, pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri, ia kerana tanaman itu mempunyai nilai tinggi.

“Saya bersetuju dengan cadangan Adun Sindumin (Datuk Dr Yusof Yacob) untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang mempunyai pegawai terlatih dalam penanaman Musang King,” katanya menjawab soalan tambahan Yusof di sini, Rabu.