Jawi Gesa Masjid Di KL, Putrajaya Dan Labuan Laksana Qunut Nazilah Bermula Hari Ini

8 Nov 2023 • 5:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jawi Gesa Masjid Di KL, Putrajaya Dan Labuan Laksana Qunut Nazilah Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bergambar) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menggesa pihak masjid, surau Jumaat, dan seluruh surau Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan Qunut Nazilah pada setiap waktu solat Fardu bermula hari ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan gesaan mengadakan Qunut Nazilah itu dibuat susulan serangan berterusan rejim Israel di Gaza yang mengorbankan semakin banyak nyawa para syuhada.

“Semoga doa dan munajat yang dititipkan tanpa henti dari kejauhan akan menjadi asbab pertolongan Allah SWT serta meringankan penderitaan dan menghentikan segera serangan kejam yang tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved