Jay Iswazir Dan Bekas Isteri Pilih Untuk Berdamai, Kenang Kembali Saat Susah Senang Bersama

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Jay Iswazir memaklumkan dia dan bekas isteri, Azzahra Ahmad telah bersetuju untuk berdamai sementelah konflik di antara mereka berdua sebelum ini.

Mengaku kesal dengan tindakan bekas isteri, Jay berkata mereka bersetuju untuk berbaik demi kebaikan masing-masing.

image is not available

Secara jujurnya hal buka aib itu buat saya terkilan. Daripada menyalahkan pasangan, saya pilih untuk diam dan refleks balik kesalahan diri dan fikir semula mengapa Allah beri saya ujian ini.

Apa yang saya boleh katakan, kami pilih untuk berdamai. Saya berjaya ambil langkah untuk kami berdua mengenang balik apa yang sudah dilalui dan terbaik untuk kami.

Meskipun aib dirinya sudah tersebar kepada umum, Jay berkata dia tidak menyimpan rasa dendam terhadap Azzahra namun lebih tenang apabila membuat keputusan perdamaian itu.

Selepas berdamai saya rasa lebih tenang sebab kalau meminta maaf dan memaafkan orang, saya dapat ketenangan itu. Kami juga sekarang saling mendoakan antara satu sama lain. Saya akui ia satu pengajaran terbesar dalam hidup.

Dia dalam pada itu, Jay berkata dia hanya berserah kepada takdir jika jodohnya kembali bersama dengan Azzahra.

Terdahulu, Jay dan Azzahra telah bercerai pada 28 Oktober tahun lalu. Azzahra kemudian membuat kenyataan dia mengalami keganasan rumah tangga ketika masih bergelar isteri kepada Jay.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

Saling Berbalas Emoji Hati, Aliff Aziz Dan Ruhainies Curi Tumpuan Netizen