Jaya Grocer bakal dibuka di Gamuda Cove menerusi kerjasama Gamuda Land dan Trendcell

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2024 • 5:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jaya Grocer bakal dibuka di Gamuda Cove menerusi kerjasama Gamuda Land dan Trendcell

syaza

02/09/2024 - 17:28

KUALA LUMPUR 2 Sept - Gamuda Land, cabang hartanah Gamuda Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Trendcell Sdn Bhd untuk membuka Jaya Grocer di Gamuda Cove, Kuala Langat.

Pasar raya itu akan menjadi penyewa utama Cove Centrum, komponen komersial bagi perbandaran itu dan dibina di atas ruang seluas 24,000 kaki persegi.

Menurut kenyataan hari ini, Gamuda Land mengalu-alukan 14 penyewa baharu ke Cove Centrum, seperti Urban Marketplace, 99 Speedmart, ZUS Coffee, Muiz Hot Chicken, Tiga Ikan, Gintell RestNGo, Sleepy Bear dan VRide.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda Land, Wong Siew Lee berkata, kerjasama itu menyasar untuk memenuhi kemajuan perbandaran itu.

“Di Gamuda Cove, kami telah mengalu-alukan penduduk dengan penyerahan fasa kediaman pertama kami, Palma Sands dan projek bertingkat tinggi pertama kami, Maya Bay Residences.

"Kami pula telah menyerahkan kunci kepada pemilik rumah Enso Woods, fasa kediaman pendaratan kedua kami pada bulan Julai,” ujar beliau.

Menjelang tahun 2027, sebelum menyiapkan Cove Centrum, beliau berkata, Gamuda Cove dijangka menampilkan lebih daripada 3,800 rumah dan menempatkan penduduk sekitar 15,000 orang.

Dilancarkan pada Julai 2024, Cove Centrum menampilkan 96 unit kedai runcit dua dan tiga tingkat dan 40% daripada unit tersebut telah digunakan.

Menurut kenyataan yang sama, Cove Centrum telah dibina sebagai zon pejalan kaki sepenuhnya yang memberikan akses kepada kedai pilihan tempat makan al-fresco dan kedai runcit.

Gamuda Land juga berkata, e-trem akan merentasi Cove Centrum dan menyambung ke komponen komersial lain di perbandaran, seperti Townsquare, SplashMania Waterpark dan Discovery Park.- DagangNews.com