JBPM KL periksa 37 tokong sekitar ibu kota sempena Tahun Baharu Cina

9 Feb 2024 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Salleh (kanan) ketika sidang akhbar pada Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Rumah Ibadat (Chines Temple) sempena Musim Perayaan Tahun Baharu China 2024 di Tokong Thean Hou pada Jumaat. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan terhadap 37 tokong di sekitar ibu kota, sempena Tahun Baharu Cina esok.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, pemeriksaan dijalankan mulai 2 Februari lalu sehingga semalam, sejajar dengan pelancaran program kempen kesedaran keselamatan kebakaran sempena Tahun Baharu Cina.

"Sepanjang pemeriksaan di tokong sekitar Kuala Lumpur, JBPM berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan pihak pengurusan dalam menghadapi situasi kebakaran,” katanya dalam sidang media selepas melakukan pemeriksaan di Tokong Thean Hou di sini hari ini.

Selain itu, Muhammad Salleh berkata, dalam pemeriksaan berkenaan, pihaknya turut menyerahkan 37 alat pemadam kebakaran selain menjalankan taklimat keselamatan kebakaran kepada pihak pengurusan dan pengunjung.

Beliau berkata, kesemua rumah ibadat yang diperiksa mempunyai alat pemadam kebakaran serta sistem salur bantu mula yang sesuai untuk digunakan ketika awal kebakaran, sementara menunggu kehadiran pihak bomba.

Muhammad Salleh berkata pihaknya juga akan menempatkan jentera dan pasukan penyelamat di lokasi tertentu, sebagai persediaan bagi menghadapi kecemasan akibat bunga api malam ini.

"Setakat hari ini hanya Tokong Thean Hou yang telah mendapat permit untuk pertunjukan bunga api pada malam ini dan kita akan tempatkan sebuah jentera dan anggota sebagai persediaan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved