JBPM Perak hanya benar 20 peratus pegawai, anggota bercuti sempena Aidilfitri

19 Apr 2023 • 6:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak hanya membenarkan kira-kira 20 peratus pegawai dan anggotanya bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarahnya Azmi Osman berkata bagaimanapun pihaknya akan turut dibantu kira-kira 1,400 anggota pasukan bomba sukarela serta 400 anggota bomba bantuan yang akan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kes kecemasan sepanjang musim perayaan.

“Walaupun 20 peratus pegawai dan anggota itu dibenarkan bercuti, mereka juga perlu bersedia pada bila-bila masa sekiranya kekuatan sedia ada tidak mencukupi.

“Jadi, saya tidak nampak ia menjadi satu masalah kerana kerjasama dan koordinasi antara bomba sukarela dan bomba bantuan di samping bomba komuniti akan membantu dan mengatasi masalah sekiranya berlaku kekurangan keanggotaan semasa musim perayaan,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena musim perayaan dengan pengusaha-pengusaha hotel yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching di sini hari ini.

Azmi berkata terdapat kira-kira 1,200 pegawai dan anggota ditugaskan di negeri ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved