JBPM Siasat Anggota Bomba Bantuan Didakwa Terbabit Video Tidak Senonoh

LocalPolitics
28 Jul 2025 • 9:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan penglibatan seorang anggota bomba bantuan dalam sebuah video lucah yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

image is not available

Foto: thesun

Anggota bomba terbabit video tular

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, siasatan dilakukan walaupun individu dalam video berkenaan tidak dilihat mengenakan pakaian seragam rasmi jabatan. Namun, beberapa hantaran lain di akaun media sosial milik individu tersebut yang memaparkan dirinya berpakaian seragam bomba telah menimbulkan kebimbangan dan mencetuskan tindakan lanjut oleh pihak jabatan.

“Walaupun video tersebut tidak menunjukkan individu itu memakai pakaian seragam bomba, kita dapati terdapat beberapa hantaran lain di laman sosialnya yang boleh memberi tanggapan negatif terhadap imej JBPM.

“Atas sebab itu, kita memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan,” katanya.

image is not available

Foto: Buletin TV3

Beliau menjelaskan, Unit Integriti JBPM telah diarahkan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat punca sebenar penyebaran video tersebut di samping megesahkan identiti sebenar individu terbabit yang dipercayai merupakan anggota bomba bantuan.

“Jika hasil siasatan mendapati individu berkenaan benar-benar terlibat, tindakan tatatertib akan diambil dengan segera. Mengikut skim perkhidmatan sedia ada, tindakan penggantungan tugas boleh dilaksanakan serta-merta,” ujarnya.

image is not available

Foto: Harian Metro

Nor Hisham berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) yang berlangsung di Dewan Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Terengganu, pada Ahad.

Sumber: Buletin TV3