JcbNext kutip RM25 juta hasil pelupusan saham, portfolio pelaburan kini bernilai RM247 juta

LocalBusiness & Finance
18 Jun 2026 • 3:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

JcbNext kutip RM25 juta hasil pelupusan saham, portfolio pelaburan kini bernilai RM247 juta Image from: JcbNext kutip RM25 juta hasil pelupusan saham, portfolio pelaburan kini bernilai RM247 juta amree18/06/2026 - 15:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 18 JunJcbNext Berhad terus merealisasikan keuntungan daripada pelaburan saham apabila meraih hasil pelupusan sekuriti tersenarai berjumlah RM25.2 juta dalam tempoh 12 bulan lalu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat tersebut berkata, perolehan berkenaan disifatkan sebagai positif meskipun pasaran ekuiti dilihat masih berdepan dengan pelbagai isu ketidaktentuan semasa.

 

Ujarnya, jumlah pelupusan sekuriti yang tersenarai bagi tempoh dari 18 Jun 2025 hingga 17 Jun 2026 hanya mewakili 5.59% daripada aset bersih disatukan teraudit kumpulan setakat 31 Disember 2025.

 

"Pengumuman ini selaras Perenggan 9.20 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia selepas nilai agregat pelupusan belum diumumkan melebihi ambang 5% daripada aset bersih," kata JcbNext.

 

Jelas kumpulan berkenaan, sehingga 17 Jun 2026, ia masih lagi mengekalkan portfolio pelaburan yang besar dalam sekuriti tersenarai dengan jumlah kos pelaburan mencecah sebanyak RM246.79 juta.

 

Portfolio tersebut mempunyai nilai buku RM264.22 juta manakala nilai pasaran mencecah RM295.51 juta, menunjukkan lebihan nilai pasaran yang melebihi RM48 juta berbanding kos pelaburan asal.

 

Perkembangan itu tambah JcbNext, mencerminkan kedudukan pelaburan syarikat yang sebenarnya masih kukuh meskipun sudah melaksanakan beberapa kali usaha pelupusan saham sepanjang tempoh berkenaan.

 

Sebelum ini pada 16 April 2026, kumpulan itu pernah meraih hasil RM19.9 juta daripada pelupusan sebahagian pegangan dalam syarikat bersekutunya di Taiwan, 104 Corporation secara berperingkat.

 

Lembaga pengarah kumpulan itu turut berpandangan usaha itu adalah dalam kepentingan terbaik syarikat, selain tidak melibatkan sebarang kepentingan pengarah atau pemegang saham utama.

 

Pelupusan berkenaan juga jelas JcbNext, tidak memerlukan sebarang kelulusan daripada mana-mana pemegang saham atau pihak berkuasa yang berkaitan. - DagangNews.com

Terkini standard