JD.com Kini Di Malaysia, Satu Lagi Laman E-Dagang Dari China

TechnologyDigital
6 Nov 2024 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laman e-dagang dari China cukup popular di Malaysia kerana menawarkan harga jualan yang murah dan pilihan produk yang lebih banyak. Antara yang popular adalah Taobao yang baru-baru ini aplikasi menerima kemas kini dengan sokongan bahasa Inggeris bagi memudahkan pembeli di Malaysia. Terbaru, satu lagi laman e-dagang popular China telah tersedia untuk pasaran tempatan.

image is not available

Laman e-dagang ini adalah JD.com atau nama penuhnya Jingdong. Jika anda tidak mengenali JD, nama asalnya adalah 360buy. Ia terkenal sebagai laman e-dagang besar yang bersaing bersama Tmall oleh Alibaba. Bersempena dengan jualan Singles Day pada 11 November nanti, JD.com bukan sahaja dibuka di Malaysia tetapi juga di Thailand.

JD turut menawarkan penghantaran percuma dari China terus ke Malaysia dengan pembelian berjumlah RMB399 (~RM245.38) ke atas. Penghantaran ini terhad kepada berat 6kg melalui laut dan 2kg melalui udara.

image is not available

Buat masa ini, JD.com menyatakan laman e-dagang mereka memfokuskan kepada pengguna Cina luar China sahaja. Disebabkan itu JD.com masih belum menawarkan antaramuka dengan bahasa Inggeris seperti Taobao.