JDT bakal diuji Borussia Dortmund 28 Nov ini

Football
1 Nov 2022 • 7:50 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang menguji kemampuannya apabila dijadual bertemu kelab gergasi Jerman Borussia Dortmund, pada perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim di sini, 28 Nov ini.

JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers malam ini, bagaimanapun memaklumkan butiran lanjut mengenai perlawanan dengan kelab yang juga dikenali sebagai BVB itu, akan menyusul.

“Kelab Bolasepak JDT akan mengalu-alukan kunjungan Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Nov.

“Butiran lanjut akan menyusul. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut hantaran itu hari ini.-Bernama