JDT belasah KL City di Stadium Sultan Ibrahim

Football
1 Aug 2022 • 11:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan cengkaman persada liga dengan 35 mata selepas membelasah Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 5-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, pada Isnin.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Hector Bidoglio yang mengantikan Benjamin Mora menjarakkan mata dengan pencabar terdekat, Sabah FC di tangga kedua (31 mata).

Gol Harimau Selatan dalam perlawanan itu dijaringkan Bergson Da Silva dengan gol minit ketujuh dan 25', Leandro Velazquez (54'), Fernando Forestieri (71') dan Safawi Rasid (84').

Sementara itu, dua jaringan Steven Rodriguez pada minit ke-32' dan 67' memastikan Sri Pahang FC meraih tiga mata penuh apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kemenangan itu membolehkan Sri Pahang menduduki tangga kesembilan liga dengan mengumpul 14 mata setelah mengharungi 13 perlawanan.

Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pula menyaksikan Terengganu FC sekadar berkongsi satu mata setelah terikat tanpa jaringan 0-0 ketika melayan kunjungan Petaling Jaya (PJ) City.