JDT benam The Sailors 4-0

Football
9 Apr 2024 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesebelasan permulaan JDT pada aksi persahabatan antarabangsa berdepan Lion City Sailors - foto fb Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam cabaran kelab Liga Singapura (S-League), Lion City Sailors 4-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin.

Pada aksi persahabatan di Stadium Bishan Jumaat lalu, JDT turut mencatatkan kemenangan 2-1.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan itu perlu menunggu hingga minit-41 bagi membuka jaringan menerusi penyerang import, Fernando Forestieri yang menyempurnakan sepakan penalti.

Gol tersebut nyata menyemarakkan lagi semangat kesebelasan JDT untuk mengasak ke kubu The Sailors dan kali ini giliran Juan Muniz untuk menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-45.

JDT meneruskan penguasaan pada babak kedua menerusi beberapa asakan ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.

Hasilnya, Heberty Fernandes menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke-52.

Juan Muniz kemudiannya melengkapkan kemenangan penuh gaya JDT apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-67.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved