JDT Berjaya Tumbangkan Shanghai Shenhua 3-0 Di SSI

1 Oct 2024 • 9:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jdt

Kelab Johor Darul Ta’zim cipta kejutan di AFC Champions League Elite selepas membelasah kelab gergasi China, Shanghai Shenhua 3-0.

JDT bermula garang pada separuh masa pertama apabila Arif Aiman meledak gol ketiga peribadi di ACL sebelum Obregon menanduk masuk gol kedua menerusi hantaran Murillo.

image is not available
Kredit Gambar: JDT

Walaupun 2 gol JDT dibatalkan kerana Offside, anak-anak buah Hector Bidoglio tetap fokus melancar serangan bertali arus sehingga berjaya mendapat jaringan ketiga melalui sepakan percuma Juan Muniz.

Keputusan ini menyaksikan JDT kini berada di kedudukan tiga teratas kumpulan A. Tahniah, luaskan kuasamu JDT!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: JDT