JDT, Buriram United terikat tanpa jaringan

LocalFootball
3 Dec 2024 • 10:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain JDT, Juan Muniz cuba melepasi kawalan pertahanan Buriram United dalam perlawanan sebentar tadi -Foto: FB Johor Southern Tigers

image is not available
Kesebelasan utama JDT yang diturunkan ketika melayan kunjungan Buriram United pada aksi Liga Juara-Juara Elite di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. - Foto: FB Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT) terikat tanpa jaringan ketika turun melayan kunjungan Buriram United pada aksi Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bermula garang sebaik wisel permulaan dalam usaha memburu jaringan pembukaan pada perlawanan yang boleh disifatkan sebagai perlawanan 'hidup mati' bagi kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, minit ke-12 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain import Murilo Henrique dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan.

Bagaimanapun ketiadaan Murilo Henrique tidak merencatkan corak permainan JDT apabila tuan rumah dilihat masih mampu melakukan asakan-asakan berbahaya ke gawang pelawat.

Selain itu benteng pertahanan juga dilihat berjaya mengekang asakan bertali arus daripada jentera serangan lawan.

Minit ke-44, menyaksikan giliran pelawat beraksi dengan 10 pemain apabila kapten pasukan, Theeraton Bunmathan pula dilayangkan kad merah kerana mengasari Arif Aiman Hanafi.

Tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan pada penghujung babak pertama dan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan bagi memecah kebuntuan gol.

Pada masa kecederaan babak kedua, JDT terpaksa beraksi dengan sembilan pemain apabila pemain pertahanan Park Junheong pula dilayangkan kad merah.

Keadaan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terus buntu untuk meledak jaringan dan menyaksikan kedudukan 0-0 kekal hingga ke wisel penamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved