JDT gagal kutip tiga mata

Football
15 Sep 2022 • 11:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi cuba melepasi tiga pemain PJ City FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. - Foto Bernama

KEBANGKITAN pada minit akhir perlawanan yang dicipta Petaling Jaya (PJ) City menyaksikan pendahulu Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) kempunan untuk memungut tiga mata penuh apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang importnya,Bergson da Silva yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan pada minit ke-48.

Tersentak dengan gol tersebut, PJ City cuba mengatur semula permainan dalam misi mencari gol penyamaan.

Gol yang ditunggu-tunggu PJ City akhirnya tiba pada minit ke-73 apabila penyerang mereka Darren Lok bijak menyempurnakan umpanan Mahali Jasuli pada minit ke-73.

Pemain gantian yang dibawa masuk JDT, Akhyar Rashid kembali menceriakan Harimau Selatan apabila dia meledak gol kedua pasukan itu pada minit ke-86.

Kealpaan benteng pertahanan JDT pada penghujung perlawanan dihukum dengan jaringan penyamaan R Kogileswaran pada masa kecederaan, sekali gus membolehkan PJ City meraih satu mata berharga.

Dalam satu lagi aksi liga Super menyaksikan, Melaka United berkongsi satu bersama Kuala Lumpur City FC apabila kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur United di Stadium Hang Tuah sebentar tadi.