JDT hanya perlu lima perlawanan lagi lebur rekod dunia

LocalFootball
11 Apr 2026 • 3:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JDT bakal mencipta sejarah dunia sekiranya tidak kalah dalam lima perlawanan liga akan datang. Foto Bernama

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kini berada di ambang sejarah dunia apabila hanya memerlukan lima lagi perlawanan tanpa kalah dalam saingan liga untuk memadam rekod kelab Ivory Coast, ASEC Mimosa.

Skuad Harimau Selatan bakal berdepan Terengganu FC dalam aksi Liga Super hari ini, perlawanan cukup penting bagi memastikan misi memburu status tanpa kalah itu kekal di landasan tepat.

Setakat ini, JDT telah melakar pencapaian luar biasa dengan merekodkan 104 perlawanan tanpa kalah dalam kancah Liga Super sejak kali terakhir tewas pada April 2021.

Keupayaan yang dipamerkan gergasi Selatan tanah air itu menyaksikan mereka kini hanya dipisahkan dengan lima lagi perlawanan untuk mengatasi rekod tanpa kalah paling lama di dunia yang dipegang oleh ASEC Mimosa.

Untuk rekod, ASEC Mimosa memegang rekod dunia tersebut selepas mengharungi 108 perlawanan tanpa kalah dalam liga domestik mereka antara tahun 1989 hingga 1994.