JDT II julang kejuaraan Liga Premier

Football
1 Oct 2022 • 8:30 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dinobatkan selaku juara Liga Premier selepas menang tipis 1-0 ke atas Selangor FC dalam perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Skuad JDT II kendalian Mariano Echeverria turun dengan misi sekurang-kurangnya seri untuk menjulang kejuaraan liga itu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga babak kedua perlawanan sebelum menghasilkan jaringan pendahuluan menerusi Daryl Sham K.K. George pada minit ke-49.

Selangor 2 berpeluang menjaringkan beberapa gol namun ia gagal disempurnakan dan keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan gelaran juara Liga Premier sah menjadi milik JDT II dengan mengumpul 42 mata.

Dalam satu lagi aksi Liga Premier, Kelantan FC kekal di tangga kedua liga mengumpul 37 mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kelantan United pada perlawanan berlangsung di Stadium Muhammad Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Nurshamil Abd Ghani yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35 sebelum Kelantan United menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi Mohammad Amirul Shafik.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved