JDT juara Liga Super 2022

1 Oct 2022 • 11:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JDT dinobatkan Juara Liga Super 2022.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sah merangkul kejuaraan Liga Super 2022 meskipun mempunyai baki empat perlawanan liga ketika ini.

Pengesahan kejuaraan itu hadir selepas Terengganu berjaya menewaskan pasukan yang sedang menduduki tangga kedua Liga Super, Sabah 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), sebentar tadi.

Sebelum perlawanan tersebut, JDT berjaya merekodkan kemenangan besar 5-0 ke atas Negeri Sembilan di laman sendiri.

Situasi itu menjadikan Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio yang mengumpul 46 mata daripada 18 perlawanan sudah tidak dapat dipintas oleh Sabah atau mana-mana pasukan lain walaupun JDT tumpas dalam keempat-empat perlawanan seterusnya.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut sejak dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sejak tahun 2012.