JDT juarai Piala FA 2025, Johor isytihar esok cuti peristiwa

LocalFootball
14 Dec 2025 • 11:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa bagi seluruh negeri itu sempena kejayaan JDT menjuarai Piala FA 2025

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan esok sebagai cuti khas peristiwa bagi seluruh negeri itu sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025 dengan menewaskan Sabah FC 5-0 pada perlawanan akhir, malam ini.

Menerusi kenyataan yang di Facebook beliau, Onn Hafiz berkata, pengisytiharan itu dibuat bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, sebagai meraikan kejayaan gemilang pasukan tersebut yang terus mengekalkan dominasi dalam arena bola sepak tanah air.

"Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada esok akan diteruskan seperti biasa bagi memastikan persiapan calon serta kelancaran tugasan semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

"Kejayaan menjuarai Piala FA 2025 sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa utama bola sepak negara, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih kepada Tunku Mahkota Ismail atas kepimpinan, iltizam serta usaha berterusan baginda dalam memartabatkan bola sepak Johor hingga JDT terus melakar kejayaan, termasuk di peringkat antarabangsa.

"Penghargaan ini turut dizahirkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada JDT, dengan harapan kejayaan ini menjadi dorongan berterusan untuk pasukan terus mengekalkan prestasi cemerlang serta mengharumkan nama Johor di pentas dunia," katanya.

Terdahulu, dalam aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, JDT menewaskan Sabah FC 5-0, sekali gus menjadi pasukan pertama merangkul trofi Piala FA buat kali keempat berturut-turut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved