JDT Kelab Kedua Termahal Di Asia Tenggara. Siapa Yang Pertama?

14 Feb 2023 • 1:22 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Juara lapan kali Liga 1 Thai, Buriram United memegang status pasukan termahal di rantau Asia Tenggara dengan nilai keseluruhan skuad yang dimiliki mereka berjumlah RM44 juta.

Nilai itu diletakkan oleh laman pasaran pemain antarabangsa, transfermarkt.com.

image is not available

image is not available

Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula di kedudukan kedua dengan nilai RM43 juta -- sekali gus menjadi penyumbang utama jumlah nilai keseluruhan skuad dalam saingan utama Liga Malaysia.

Dua lagi pasukan dari Thailand iaitu BG Pathum United dan Port FC menghuni tangga ketiga dan keempat dengan nilai pasaran keseluruhan pemain mereka berjumlah RM30 juta dan RM28 juta diikuti kelab Indonesia, Persija Jakarta (RM27 juta).

image is not available

image is not available

Sementara itu, saingan Liga Super Malaysia berada di kedudukan ketiga Asia Tenggara berdasarkan nilai keseluruhan skuad dalam kalangan liga elit di rantau itu.

Liga Super yang melalui proses penstrukturan baharu musim ini dengan dibarisi 14 pasukan bertanding memiliki nilai keseluruhan skuad berjumlah RM229 juta.

image is not available

Nilai itu diletakkan oleh laman pasaran pemain antarabangsa, transfermarkt.com dengan Liga Thailand menjadi liga bola sepak yang mempunyai nilai keseluruhan skuad tertinggi dalam kalangan liga utama di rantau Asia Tenggara.

Nilai keseluruhan skuad Liga 1 Thai diletakkan pada harga RM340 juta, sementara Liga 1 Indonesia pula di kedudukan kedua dengan nilai keseluruhan skuad bertanding RM333 juta.

image is not available

Sumber: Malaysia Gazette