JDT Salur Hasil Jualan Tiket Perlawanan Kepada Mangsa Banjir Di Johor

9 Mar 2023 • 6:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan supaya kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa banjir di negeri Johor - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyalurkan kesemua hasil jualan tiket perlawanan di lama sendiri kepada mangsa banjir di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik skuad Harimau Selatan, menitahkan supaya kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.

“Ia  melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April).

“Kesemua dana hasil daripada penjualan tiket itu akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di Johor,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, hari ini.

Angka mangsa banjir di Johor setakat 2 petang ini menunjukkan sedikit penyusutan kepada 44,780 orang berbanding 45,048 orang pada 8 pagi tadi.

Musibah banjir bermula sejak 1 Mac lalu setakat ini meragut enam nyawa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved