JDT sambar Azam, Hidalgo

Football
28 Feb 2024 • 5:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hidalgo akan dipinjamkan ke Sri Pahang FC.

JUARA 10 kali Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan telah menandatangani empat pemain baharu untuk menghadapi saingan liga musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, empat pemain tersebut ialah bekas pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad, bekas pemain sayap Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo serta bekas tonggak Kuala Lumpur City FC, Declan Lambert dan Ryan Lambert.

Menurutnya, JDT juga dalam proses perbincangan untuk menandatangani seorang lagi penjaga gol untuk menyertai kelab Harimau Selatan itu.

Bagaimanapun, Alistair berkata, Azam dan Declan akan dipinjamkan kembali ke kelab lama mereka manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke pasukan Sri Pahang.

"Azam dan Declan masing-masing telah dipinjamkan semula ke Terengganu dan Kuala Lumpur manakala Hidalgo akan dipinjamkan ke Pahang.

"Ryan pula akan berlatih dengan pasukan utama Harimau Selatan,selain sama ada akan dipinjamkan juga atau diserap ke dalam skuad JDT 2024-25," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

JDT terus aktif dalam mempersiapkan pasukan apabila sebelum ini telah mengumumkan tiga import yang akan menyertai pasukan itu musim depan iaitu import termahal Liga Malaysia, Jalil Elias, Chico Geraldes dan Murilo Henrique.