JDT tak pernah kalah kepada Selangor selama 8 tahun - TMJ

20 Feb 2024 • 1:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto Bernama

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Selangor tidak pernah menewaskan pasukannya dalam tempoh lapan tahun.

Malah, Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor menerusi satu komen di laman Instagram JDT, officialjohor menyifatkan kejayaan Selangor FC mara ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) atas hasil bantuan mata AFC MA Ranking yang diraih skuad Harimau Selatan itu.

“4-0 away (tempat lawan), 4-0 home (gelanggang sendiri), 2-0 home. Jumlah agregat 10-0... last time (kali terakhir) JDT kalah dengan Selangor FA zaman Datuk Subahan. Ketika itu bajet (RM) 14 juta sahaja.

“Semenjak kroni FC ambil alih, JDT tak pernah kalah selama lapan tahun dengan Selangor baru. RM46 juta setahun kerajaan bantu and masih gagal selama lapan tahun.

“Main ACL2 pun dengan bantuan JDT punya sumbangan mata dan masih 'berhalusinasi' dan tak boleh terima hakikat.

“Hentam pengurusan lama tetapi dakwa kejayaan mereka. Loser. Syabas dan salute kepada semua Presiden Selangor FA yang berjaya dan mencipta sejarah buat Selangor,” ujar Tunku Ismail.

JDT merupakan penyumbang mata terbesar AFC MA Ranking bagi tahun 2023 dengan 9.000 mata yang membolehkan Malaysia mendapat slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan ACL2 tahun 2025/26.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved