JEDEC Mula Pembangunan Piawaian Modul Memori Baru Untuk Pusat Data, AI Dan Pengguna

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan pemesatan teknologi kecerdasan buatan yang nampaknya tidak akan memperlihatkan sebarang pengurangan dalam jangka masa terdekat ke sederhana ini, keperluan untuk jumlah memori yang lebih besar dan lebih pantas adalah semakin penting.

Malah, untuk pengguna biasa, komputer-komputer riba terbaru yang hadir dengan nama jolokan AI PC ataupun CoPilot+ PC rata-ratanya memerlukan sekurang-kurangnya 16GB memori dan jumlah pemprosesan AI TOPS untuk menggerakkan teknologi-teknologi AI yang baru diperkenalkan.

image is not available

Oleh kerana ini, ia dilaporkan bahawa JEDEC, badan piawaian untuk teknologi memori dan storan telah mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan piawaian modul memori baru untuk pusat data, AI dan juga pengguna.

Jika tahun ini kita telah memperlihatkan modul CAMM2 (Compression Attached Memory Module 2) mula dibangunkan oleh syarikat-syarikat seperti Micron dan Samsung, JEDEC akan memperkenalkan rekabentuk memori baru seperti MRDIMM (Multiplex Ranked DIMM) dan LPDDR6 CAMM2.

image is not available

MRDIMM ialah sebuah modul memori besar yang boleh dimanfaatkan oleh pusat data dan juga superkomputer untuk proses-proses aplikasi yang memerlukan jumlah memori yang lebih besar dan lebih pantas. Rekabentuk memori ini dilihat sama seperti rekaan memori mesin pelayan sedia ada, membolehkannya dimanfaatkan oleh pusat data dengan kelengkapan sedia ada.

Kedua ialah memori CAMM2 yang menggunakan cip memori LPDDR6. Dalam masa beberapa tahun lagi, ia dilihat bahawa komputer-komputer pengguna akan mula beralih ke memori LPDDR6, yang akan hadir dengan kelajuan pembacaan dan penghantaran data yang beberapa kali lebih pantas (14.4GT/s) berbanding LPDDR5/5X (6-8GT/s) yang digunakan sekarang.

image is not available

Kelebihan menggunakan memori CAMM2 dilihat masih lagi sama seperti apa yang dilihat sekarang: memori LPDDR tidak lagi perlu dipateri kepada papan induk komputer riba, membolehkan banyak, jika tidak semua komputer riba di masa akan datang hadir dengan rekaan nipis dan ringan tetapi masih mengekalkan prestasi tinggi.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah memori-memori baru ini akan mula diperlihatkan, tetapi ia dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sekitar penghujung 2025 ataupun awal 2026 kelak.