
PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun dipilih sebagai timbalan presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) bagi penggal 2025-2028.
Enam lagi dipilih naib presiden iaitu Datuk James Ratib, Datuk Robert Tawik, Datuk Juil Nuatim, Datuk Daniel Kinsik, Datuk Hendrus Anding dan John Chryso Masabal.
Ahli jawatankuasa pusat baharu ialah Dr Christopher Mandut, Dr Akian Ahkiew, Jude Abel Logijin, Charles Dalansing, Jos @ George Saidi, Datuk Evaristus Gungkit, Datuk Peter Jino Allion, Datin Elaine Nora Amandus, Flarence J. Underwood, Datuk Jonnybone Kurum dan Melon Yaming.
Tiga, termasuk John Anthony bertanding dua jawatan timbalan presiden, 12 ahli bersaing untuk enam jawatan naib presiden manakala 43 bertanding 11 jawatan dalam jawatankuasa pusat.
Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dilantik semula sebagai Presiden KDCA tanpa bertanding akan melantik tiga lagi timbalan presiden, empat naib presiden dan 10 ahli jawatankuasa pusat.
Kira-kira 800 perwakilan mengundi pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali KDCA ke-16 yang diadakan di Hongkod Koisaan di sini pada Ahad.

