
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kali kedua berkaitan saham berbayar syarikat berpangkalan di Singapura, Hoch Standard Pte Ltd.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan, Azhar Matussin, mengambil maklum permohonan maaf oleh Jeffrey yang dibuat melalui surat kepada Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) sekali gus dibacakan Speaker semasa persidangan 8 Julai lalu.
Menurut Azhar, selepas meneliti dokumen terbabit, Jeffrey baru menyedari angka USD$10 juta adalah jumlah pelaburan syarikat tersebut dan bukannya saham berbayar.


