Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata

28 May 2024 • 11:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laksa Sarawak sekali lagi mendonia

Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata. Pemilik akaun TikTok terkenal, Fikri Akram, yang bekerja dan menetap di Korea, sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan video masakan terbarunya. Sebagai seorang pempengaruh yang popular di platform tersebut, Fikri sering berkongsi video memasak sebagai kandungan utamanya.

Dengan lebih daripada 800 ribu tontonan pada video terbarunya setakat ini, beliau terus mengukuhkan namanya dalam kalangan pencinta masakan.

image is not available
Jejaka Malaysia Masak Laksa Sarawak Di Korea Sampai Rakan Oppa Menitis Air Mata. Sumber: Tiktok

Untuk kandungan kali ini, beliau memilih untuk memasak laksa Sarawak dari awal hingga siap, berkongsi langkah demi langkah penyediaan hidangan istimewa tersebut. Melalui video tersebut, beliau menunjukkan cara penyediaan kuah laksa yang kaya dengan rempah-ratus, serta cara menyediakan mi, tauge, udang, dan ayam sebagai pelengkap hidangan.

Bahan-bahan yang digunakan beliau untuk memasak laksa Sarawak juga lengkap walaupun beliau menetap jauh di Korea.

Apa yang lebih menarik, hidangan laksa Sarawak itu akan dijamukan kepada rakan sekerjanya di Korea, Mr Choi. Beliau yang belum pernah mencuba hidangan ini kelihatan begitu teruja untuk mencuba laksa Sarawak.

image is not available

Reaksi positif beliau, termasuklah menambah hidangan berkali-kali dan menghirup mangkuk laksa hingga habis menarik perhatian netizen.

Selain laksa Sarawak, beliau juga menghidangkan kek lapis Sarawak kepada rakannya itu. Kek lapis, yang terkenal dengan pelbagai lapisan warna dan rasa, turut mendapat penerimaan yang baik daripada Mr. Choi.

Dalam kapsyen video tersebut, beliau menyatakan keseronokannya kerana orang luar menghargai makanan Malaysia.

Reaksi netizen terhadap video tersebut juga sangat positif, dengan ramai yang memuji usaha beliau dalam mempromosikan masakan Malaysia.

Antara komen netizen, ada yang terkejut rakannya itu mampu menghabiskan hidangan tersebut yang dikatakan boleh dinikmati untuk 3 ke 4 orang. Siap “balun” 4 mangkuk laksa Sarawak tau. Daebaklah Mr Ma Dong!

Ada juga yang berkongsi walaupun bukan warga Sarawak, mereka sangat menyukai menu laksa Sarawak yang kaya dengan rasa rempah dan mempunyai aromanya tersendiri.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article