Jelajah AKM N.Sembilan rekod jualan lebih RM4 juta dalam masa dua hari

9 Oct 2022 • 4:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JEMPOL: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan yang akan menutup tirainya hari ini, merekodkan jualan termasuk nilai padanan perniagaan berjumlah RM4.46 juta, dalam masa dua hari bermula Jumaat.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Program Strategik, SEPADU, Jabatan Perdana Menteri, Alfizan Omar berkata edisi ke-10 jelajah itu yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, mendapat sambutan baik dengan rekod kehadiran lebih 50,000 pengunjung setakat semalam.

Katanya nilai jualan tersebut akan meningkat sebelum program itu berakhir 5 petang ini.

“Pelbagai produk tempatan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dipasarkan di sini, manakala barangan keperluan harian dalam segmen Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) terjual mencecah lebih RM40,000 pada Jumaat dan semalam,” katanya kepada Bernama.

Siri jelajah yang diterajui Kementerian Kesihatan (KKM) itu bertemakan 'Keluarga Sihat Malaysia Ku Sejahtera’ melibatkan lebih 100 reruai usahawan IKS.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved