Jelajah bantuan baharu untuk rakyat bermula di Ampang, esok

18 Jun 2022 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 JUN: Program Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat bakal berlangsung di padang Taman Kosas, Ampang, esok.

Dijadual bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang, program yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bakal dirasmikan Dato’ Menteri Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam acara itu, Amirudin dijadual menyempurnakan penyerahan surat tawaran kepada 10 pembeli Rumah Idaman di samping penyampaian geran skim pertanian dan usahawan.

Program tersebut turut diserikan pelbagai acara antaranya persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Turut diadakan pertandingan bola sepak bawah lapan dan 10 tahun selain pertandingan mewarna dengan tawaran hadiah wang tunai bermula dari RM30 hingga RM500.

Program sama akan diteruskan di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun sebelum diperluas ke daerah lain.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memaklumkan jelajah itu bertujuan mempromosi inisiatif kebajikan yang disertai 23 anak syarikat negeri.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta, menggantikan IPR supaya lebih ramai memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved