Jelajah GRS Zon 6 di Keningau 23 Jan

LocalPolitics
12 Jan 2025 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Program Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Zon 6 akan diadakan pada 23 Januari ini di padang bandaran Keningau, yang kini di kenali sebagai Dataran Keningau.

Pengerusi GRS Zon 6 Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, tetamu utama dalam program ini adalah Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement“Pelbagai acara akan diadakan sempena program ini seperti pameran agensi-agensi kerajaan yang bertujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya semasa memberi mukadimah pada mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Pelaksana program tersebut, di PXC Event Space Pexoholic Cafe, Bandar Baru Keningau, di sini, Sabtu.

Beliau berkata, jelajah ini dijangka akan dihadiri oleh lebih 5,000 orang termasuk ahli parti komponen GRS di Zon 6.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Zon 6 merangkumi Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan yang mempunyai lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tambunan, Bingkor, Liawan, Kemabong, Melalap, Tulid, Sook dan Nabawan.

Jeffrey kemudian melantik Adun Bingkor Datuk Robert Tawik sebagai Pengerusi Pelaksana program.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Semasa mempengerusikan mesyuarat itu, Robert berkata, semua Adun Zon itu menjadi Timbalan Pengerusi Pelaksana dan setiap pemimpin parti komponen GRS di kawasan terlibat memainkan peranan memastikan program berjalan lancar.

Sebagai pengisian sebelum program, Jualan Rahmah dan Tamu Rakyat akan diadakan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi memeriahkan lagi program tersebut, beberapa artis tempatan akan dijemput termasuk Datuk Francis Landong, Rosario Bianis dan Alister Leonard Alai.

“Selain itu, beberapa etnik di Zon 6 ini akan membuat persembahan kebudayaan masing-masing,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, Adun Sook Datuk Ellron Angin dan Adun Tulid Datuk Flovia Ng.