SHAH ALAM, 18 SEPT: Lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare 2024 peringkat daerah Gombak, Sabtu ini.
Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua memaklumkan program di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, bermula 9 pagi hingga 4 petang.
“Terbuka kepada semua pencari kerja. Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuk temu duga terbuka, kaunseling kerjaya, pameran agensi, jualan usahawan dan saringan kesihatan percuma.
“Calon perlu membawa resume dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa hari temuduga nanti,” maklumnya di Facebook.
Calon yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/JOBCAREHULULANGAT2024 bagi pemakluman awal pengesahan kehadiran.

Empat siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai), Kuala Langat (10 Ogos) dan Hulu Langat (17 Ogos).
Program akan diteruskan di Dewan Hamzah Klang (5 Oktober), Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober).
Daerah lain, Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).


The post Jelajah JobCare Gombak tawar 3,000 peluang kerja pelbagai bidang appeared first on Selangorkini.
