
DAERAH Kota Belud sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah Program Khas ‘Jelajah Keras’ sebagai program penutup Keras (Kelab Rekreasi Artis Sabah) Dwi Tahunan sesi 2023 di sini, baru-baru ini.
Jelajah itu menyaksikan sekumpulan 12 ahli kelab yang diketuai oleh Presiden Keras, antaranya penyanyi dan pelakon legenda Sabah, Clarice J Matha, S Welly, Mohd Shahril @Asbow, Sylviana Viana Saiki @ Vie Jimmy , Manja, Selvin Selvister, Marlleney Fane, Jonlik @ Olik, Ryeina U.K dan ramai lagi.
Menurut Vie Jimmy selaku Pengarah Program Kelab Keras, kali ini beliau memilih daerah Kota Belud sebagai destinasi jelajah penutup aktiviti kelab itu pada tahun 2023.
Beliau turut memilih Tunga Unga Ecotourism yang terletak di Kg. Ratau, Kota Belud sebagai tempat penginapan ahli kelab artis Sabah serta program ‘A Night With Sabahan Artis (Keras)’ bersama peminat dan penyokong seni tempatan kerana ia selaras dengan objektif kelab dalam menjalankan setiap program di bawah kelab.

