Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali Ahad ini

17 Feb 2023 • 8:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 FEB: Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) bagi mempromosi pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik menemui warga Hulu Selangor Ahad ini.

Program yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang (JSP) dijadual berlangsung Oasis Batang Kali, bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Dato’ Menteri Besar menerusi Twitter memaklumkan JKSP bakal menyajikan pelbagai pengisian menarik termasuk program Iltizam Selangor Penyayang untuk manfaat rakyat.

Program di Hulu Selangor adalah program kedua JKSP selepas Flat Seri Perantau, Klang menjadi lokasi pertama penganjuran acara itu esok.

Sebelum ini, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan program berkenaan akan berlangsung sehari bagi setiap lokasi dengan pengisian lebih padat.

Program yang dianjurkan bermula Jun tahun lalu menyediakan pelbagai acara antaranya saringan kesihatan percuma, jualan barangan asas murah, pameran dan acara sukan.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved