Jelajah Madani DUN Permatang, lebih 300 penyokong HARAPAN, BN berkumpul

12 Jul 2023 • 11:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Norrasyidah Arshad dan Sheeda Fathil

KUALA SELANGOR, 12 JULAI: Jelajah Madani di Dewan Undangan Negeri Permatang meriah dengan kehadiran lebih 300 penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN).

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Haji Omar di Kampung Bukit Belimbing turut dihadiri Pengerusi HARAPAN negeri Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Turut hadir Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, Pengarah Strategi PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta penyandang kerusi Rozana Zainal Abidin.

Siri Jelajah Madani bermula di DUN Sikamat, Negeri Sembilan akan menjelajah enam negeri terlibat pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Jelajah sama sudah berlangsung di Taman Medan pada 5 Julai bersekali pelancaran jentera PRN dan bilik gerakan DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

image is not available
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Jelajah Madani peringkat Dewan Undangan Negeri Permatang di Dewan Serbaguna Haji Omar di Kampung Bukit Belimbing pada 12 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI