
RANAU: Program Jelajah Taklimat dan Pameran Rizab Biosfera Banjaran Crocker (RBBC) Daerah Ranau yang diadakan di Kg Toboh Lama, pada Isnin, mampu memberi kesedaran mendalam kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, program anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) itu merupakan salah satu usaha menangani bencana alam yang mungkin berlaku akibat kekurangan perlindungan alam sekitar.
“Saya percaya kita semua sedia maklum bahawa apabila hutan diteroka dan dibuka tanpa kawalan serta tanpa menggunakan kaedah mampan, maka permukaan tanah akan terdedah dan seterusnya menyebabkan kekerapan banjir kilat.
