“Jelas Lovestagram Mereka..” – Pelbagai Klu, Han Sohee & G-Dragon Sedang Bercinta?

WorldEntertainment
20 Dec 2024 • 11:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kadang kala pasangan kekasih dalam dunia hiburan Korea memang tak boleh dijangkakan?

Terbaru, satu entri di laman komuniti popular di Korea telah membincangkan tentang kemungkinan hubungan percintaan antara G-Dragon BIGBANG dan pelakon Han So-hee.

Tulis individu berkenaan,

Saya rasa pasangan 1 Januari tahun depan yang akan didedahkan Dispatch ialah G-Dragon X Han So-hee. Lovestagram mereka bukan main-main? Bukankah ianya sangat jelas?

Jelasnya lagi, adik perempuan Han So-hee hanya mengikuti akaun G-Dragon dan akaun peribadi lelaki itu mengikuti Han So-hee. Malah kedua-duanya memuat naik gambar mural yang sama termasuklah gambar di sofa.

image is not available

Komen netizen lain,

  • G-Dragon memang tak pandai pilih perempuan.
  • Elok lah daripada Ryu Jun-yeol.
  • Dorang sepadan sebab vibe mereka sama.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai yang menolak dakwaan itu dan mengatakan bahawa adik Han So-hee sudah lama mengikuti akaun G-Dragon dan lelaki itu juga sudah sekian lama mengikuti akaun Han So-hee, sejak wanita itu digosipkan bercinta dengan Ryu Jun-yeol.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article